awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kem badminton para tutup tirai 2023 dengan pencapaian tiga emas di Dubai

Bernama
Bernama
18/12/2023
13:15 MYT
Kem badminton para tutup tirai 2023 dengan pencapaian tiga emas di Dubai
Dua daripada tiga emas disumbangkan Muhammad Fareez Anuar dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan rakan senegara Cheah Liek Hou 21-19, 21-19 di final, sebelum mereka bergandingan untuk merangkul emas beregu lelaki SU5. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kem badminton para negara menutup tirai tahun 2023 dengan membawa pulang tiga pingat emas yang diraih pada Kejohanan Para Antarabangsa Fazza Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir, semalam.
Dua daripada tiga emas Malaysia disumbangkan Muhammad Fareez Anuar dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan rakan senegara Cheah Liek Hou 21-19, 21-19 di final, sebelum mereka bergandingan untuk merangkul emas beregu lelaki SU5.
Muhammad Fareez-Liek Hou merangkul emas beregu lelaki SU5 selepas menumpaskan pasangan Taiwan Fang Jeng Yu-Gui Yu Pu 21-1, 21-10.
Melengkapkan pencapaian tiga emas di Dubai adalah Mohd Amin Burhanhddin yang mengungguli acara perseorangan lelaki SL4 setelah menundukkan Suhas Lalinakere dari India, 21-13, 21-16.
Sementara itu, Liek Hou berkata kini masa untuk dirinya berehat sebelum kembali berlatih dalam persediaan menempuh cabaran musim baharu terutamanya Kejohanan Dunia Badminton Para di Pattaya, Thailand pada bulan Februari.
"Terima kasih 2023 dan saya berharap tahun 2024 akan memberikan saya kekuatan dan kesihatan. Mohon doakan yang terbaik bagi saya untuk tahun depan," kata pemenang emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam hantaran di Facebook miliknya.
Kejayaan Malaysia membawa pulang tiga emas di Dubai itu berjaya mengatasi pencapaian masing-masing dua emas, perak dan gangsa pada edisi lalu.
Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Fazza Dubai merupakan kejohanan terakhir bagi mengumpul mata kelayakan ke temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bagi tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kem badminton para
#Kejohanan Para Antarabangsa Fazza
#Dubai
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan