Skip to main content

Malaysia

Suspek OKU mental bunuh abang direman tujuh hari

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin (foto) memaklumkan perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang kerap meminta wang menjadi motif pergaduhan.  -Gambar fail/Bernama
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin (foto) memaklumkan perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang kerap meminta wang menjadi motif pergaduhan. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

KUALA BERANG: Suspek lelaki yang disyaki membunuh abang kandung di Kampung Banggol Tasek, Bukit Payong, Marang semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek orang kurang upaya (OKU) mental berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Yuhanis Mohd Roslan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini bagi membolehkan siasatan lanjutan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, seorang lelaki berusia 43 tahun maut dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Selain itu, adik perempuan mangsa yang berusia 36 tahun turut cedera dipercayai cuba menghalang suspek daripada menyerang mangsa dan kini dirawat di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) .

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin dalam sidang media pagi tadi memaklumkan perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang kerap meminta wang menjadi motif pergaduhan.         

 -- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement