Skip to main content

Malaysia

MRT Laluan Putrajaya kembali beroperasi selepas gangguan akibat kecurian kabel

Penumpang dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi perjalanan MyRapid PULSE. -Foto Rapid KL
Penumpang dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi perjalanan MyRapid PULSE. -Foto Rapid KL

Advertisement

Ringkasan AI

  • Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa mulai 1.27 tengah hari selepas pembaikan sementara bekalan kuasa selesai.
  • Perkhidmatan bas perantara percuma diteruskan sehingga jam 3 petang dan akan dinilai semula mengikut keperluan operasi.
  • Rapid KL bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan kecurian kabel dan kerja pembaikan kekal diteruskan pada waktu kejuruteraan.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa mulai jam 1.27 tengah hari ini selepas kerja pembaikan sementara bagi memulihkan bekalan kuasa susulan kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen Taman Equine berjaya diselesaikan.

Rapid KL dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan pemulihan bekalan kuasa itu membolehkan tren yang sebelum ini terkandas di stesen berkenaan bergerak semula.

“Perkhidmatan tren alternatif yang disediakan sepanjang tempoh gangguan telah ditamatkan. Kekerapan perkhidmatan tren kini sedang diselaraskan secara berperingkat bagi memastikan operasi kembali stabil,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, perkhidmatan bas perantara percuma akan terus disediakan sehingga jam 3 petang dan dinilai semula berdasarkan keperluan operasi pada waktu tersebut.

Menurut Rapid KL, kerja pembaikan kekal akan diteruskan malam ini semasa waktu kejuruteraan bagi melengkapkan pemulihan infrastruktur.

Rapid KL turut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kejadian kecurian kabel tersebut.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para penumpang sepanjang tempoh gangguan dan menghargai kesabaran serta kerjasama yang diberikan,” katanya.

Penumpang dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi perjalanan MyRapid PULSE.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah punca gangguan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya? 
    A: Gangguan berlaku akibat kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen Taman Equine.
  • Q: Bilakah perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa? 
    A: Perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa mulai jam 1.27 tengah hari selepas kerja pembaikan sementara selesai.
  • Q: Apakah langkah yang diambil Rapid KL semasa gangguan perkhidmatan berlaku? 
    A: Rapid KL menyediakan perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma sepanjang tempoh gangguan.
  • Q: Adakah kerja pembaikan kekal sedang dijalankan? 
    A: Ya, kerja pembaikan kekal akan diteruskan pada waktu malam semasa waktu kejuruteraan untuk melengkapkan pemulihan infrastruktur.
  • Q: Bagaimana penumpang boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan MRT? 
    A: Penumpang dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi MyRapid PULSE.

Product Recommendation Section Title

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

Must Watch Video

Advertisement