awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kem Mahathir tolak RUU tambah peruntukan untuk jawatan baharu di kementerian

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/08/2020
06:26 MYT
Kem Mahathir tolak RUU tambah peruntukan untuk jawatan baharu di kementerian
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan kerajaan untuk menambah bilangan menteri dan timbalan sebagai satu pembaziran. - Gambar fail/Bernama
Blok bebas yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak usul Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020.
Beliau menyifatkan tindakan kerajaan untuk menambah bilangan menteri, timbalan menteri termasuk melantik individu sebagai duta khas bertaraf menteri sebagai satu pembaziran ketika negara berdepan kemelesetan ekonomi akibat COVID-19.
“Di sini kita dapati bahawa pihak kerajaan telah tambah bilangan anggota Kabinet dengan tidak mengambil kira kemampuan kerajaan.
"Kalau dahulu kerajaan PH, apabila tubuh kerajaan kita kurangkan bilangan menteri dan timbalan menteri, tapi sekarang dalam pendapatan kerajaan kurang ditambahnya menteri sehingga lebih 30, ada pula menteri istimewa yang menjadi menteri kanan dan ada individu dilantik sebagai (duta) bertaraf menteri kononnya nak jaga perhubungan tertentu dengan negara Timur dan di Timur Tengah (Asia Barat), malah diberi pelbagai kemudahan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan bagi usul Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 di Parlimen di sini, pada Isnin.
Atas alasan itu, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, usul itu perlu ditolak sama sekali oleh dewan.
"Saya berpendapat bahawa usul ini patut ditolak sama sekali oleh dewan ini jika dewan bertanggungjawab, kalau dewan tidak bertanggungjawab bolehlah sokong dan kita akan bazir wang," tambahnya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata kesan daripada COVID-19 hasil pendapatan negara juga tidak dapat dikutip menambahkan lagi beban kewangan negara.
“Kutipan cukai tidak dapat dibuat macam biasa kesan dari COVID-19, ini bermakna kerajaan kekurangan wang dengan teruk yang tidak pernah berlaku.
"Kerajaan sepatutnya kurangkan perbelanjaan supaya kita tidak ada defisit terlalu tinggi," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#defisit
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kewangan
#Langkawi
#Rang Undang-Undang Perbekalan Penguntukan Semula Peruntukan Per
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan