awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas ekspres: Hasrat sambut Krismas, cuti di KL tak kesampaian

Bernama
Bernama
24/12/2016
08:59 MYT
Kemalangan bas ekspres: Hasrat sambut Krismas, cuti di KL tak kesampaian
RALZA UK: Ketika bas terjunam di cerun, saya dapat rasakan bas melambung tetapi saya masih kekal di tempat duduk. - fotoBERNAMA
Hajat seorang pemasang siling bangunan meraikan Krismas di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila terlibat dalam nahas bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi tadi.
Ralza Uk, 25, berkata ketika kejadian, dia yang duduk di bahagian belakang bas sedang tidur dan tidak menyedari insiden tersebut.
"Ketika bas terjunam di cerun, saya dapat rasakan bas melambung tetapi saya masih kekal di tempat duduk.
"Tiba-tiba sahaja, saya merasakan seluruh badan sangat sakit dan tidak mampu bergerak," kata warga Myanmar itu ketika ditemui pemberita di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Beliau berkata apabila bas itu terhempas, dia merasakan seluruh anggota badannya seperti dihempap dan tidak boleh bergerak sehinggalah bantuan tiba tidak lama kemudian.
"Keadaan penumpang lain juga saya tidak pasti. Saya dikeluarkan anggota bomba sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam nada sebak sambil memegang mata dan mukanya yang lebam.
Ralza yang telah menetap selama lapan tahun di Malaysia berkata, dia ke Kuala Lumpur seorang diri kerana berhajat menyambut perayaan Krismas selain menghabiskan cutinya selama seminggu di sana.
Dia mengalami kecederaan di sebahagian muka dan mata kanan serta tangan kanan akibat hentakan bas dan dibenarkan pulang, tengah hari tadi.
"Keluarga dan rakan-rakan saya belum dimaklumkan lagi kerana telefon bimbit dan barang-barang yang dibawa bersama untuk ke Kuala Lumpur berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan saya perlu dapatkannya terlebih dahulu," katanya yang berasal dari Chien, Myanmmar.
Pada kejadian pagi tadi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun setinggi 10 meter sebelum merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh awal pagi tadi.
Selain 14 maut, seramai 16 lagi cedera termasuk enam warga Singapura dan dua warga Myanmar dalam kemalangan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Pakar Sultanah Fatimah
#kemalangan
#Muar
#nahas bas ekspres
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan