MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: 18 mangsa cedera dibenarkan pulang - KKM

KKM akan memastikan pemantauan dan sokongan psikososial diberikan kepada semua mangsa dan keluarga. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 18 daripada 33 penuntut yang cedera dalam nahas bas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Banun berhampiran Tasik Banding di Gerik, Perak pada Isnin lalu telah dibenarkan pulang.
Ringkasan AI
- Sebanyak 18 daripada 33 mangsa yang cedera dalam nahas bas UPSI telah dibenarkan pulang, sementara 15 lagi masih menerima rawatan di tiga hospital di Perak dan Kedah.
- KKM memastikan pemantauan dan sokongan psikososial diberikan kepada semua mangsa dan keluarga, dengan sembilan pasukan khas digerakkan untuk membantu mereka menghadapi trauma insiden.
- Tragedi yang berlaku pada awal pagi Isnin melibatkan sebuah bas membawa 44 pelajar UPSI, mengakibatkan 15 kematian dan kecederaan kepada 33 individu, termasuk penumpang kenderaan lain.
Menurut KKM lagi, pemantauan dan sokongan psikososial secara berterusan akan diberikan kepada semua mangsa serta keluarga yang terlibat dalam nahas berkenaan.
Selain dari itu, sebanyak sembilan pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) melibatkan seramai 40 anggota telah digerakkan bagi membantu mangsa dan ahli keluarga menghadapi trauma insiden tersebut.
“Bilik gerakan di peringkat negeri dan daerah juga telah diaktifkan untuk menyelaras tindakan balas insiden dengan kerjasama semua agensi berkaitan,” jelas KKM.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Isnin lalu, sebuah bas membawa 44 pelajar UPSI terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), menyebabkan 13 maut di lokasi dan dua lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami