MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Alumni MPPK hargai keprihatinan PM, kerajaan

MUHAMMAD AMIR ASYRAF: Bantuan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menyantuni rakyat pada saat mereka menghadapi saat paling sukar dan memilukan. - Gambar fail/MPPK
KUALA LUMPUR : Persatuan Alumni Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan terhadap nasib mangsa tragedi nahas bas yang berlaku di Gerik pada Isnin.
Ringkasan AI
- Persatuan Alumni MPPK berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan RM10,000 kepada waris mangsa terkorban dan RM5,000 kepada mangsa cedera dalam tragedi bas di Gerik.
- Kerajaan turut mengecualikan bayaran balik PTPTN untuk pelajar UPSI yang terkorban, dan KPT sedang meneliti bantuan tambahan kepada keluarga mangsa.
- Alumni MPPK menyifatkan bantuan kerajaan sebagai sinar harapan dan akan terus menyuarakan kebajikan mahasiswa.
“Alumni MPPK turut menghargai langkah mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban serta usaha berterusan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam meneliti bentuk bantuan tambahan buat keluarga mangsa,” ujar Muhammad Amir.
Katanya lagi, tragedi tersebut amat menyayat hati seluruh rakyat Malaysia, khususnya komuniti mahasiswa yang sentiasa aktif bergerak untuk pembangunan diri dan negara.
Tambahnya, dalam saat getir ini, keprihatinan kerajaan disifatkan sebagai sinar harapan buat keluarga dan rakan-rakan mangsa yang sedang berduka.
“Kami mendoakan agar semua keluarga mangsa diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
“Alumni MPPK akan terus komited dalam menyuarakan kebajikan pelajar dan menyokong segala inisiatif yang meringankan beban rakyat khususnya mahasiswa Malaysia,” ujar beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami