awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Motac keluarkan notis pemeriksaan, surat tunjuk sebab terhadap entiti berkaitan

Bernama
Bernama
13/06/2025
09:10 MYT
Kemalangan bas UPSI: Motac keluarkan notis pemeriksaan, surat tunjuk sebab terhadap entiti berkaitan
MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya menjalankan siasatan di bawah Akta Industri Pelancongan 1982, susulan laporan kemalangan yang berlaku di Gerik, Perak pada awal Isnin lalu. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengeluarkan notis pemeriksaan dan surat tunjuk sebab kepada beberapa entiti perniagaan yang berkaitan dengan kemalangan bas persiaran melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Isnin lepas.
MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya menjalankan siasatan di bawah Akta Industri Pelancongan 1982, susulan laporan kemalangan yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
"MOTAC juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menyelesaikan siasatan mengikut peruntukan undang-undang agar hukuman setimpal dikenakan dan keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.
"Tindakan lanjut akan diambil setelah selesai siasatan," menurut MOTAC.
MOTAC memaklumkan pihaknya juga turut menziarahi mangsa serta keluarga terlibat dalam insiden yang meragut 15 nyawa itu.
MOTAC turut menegaskan komitmen kementerian itu dalam memastikan aktiviti pelancongan di Malaysia sentiasa dilaksanakan dengan selamat, beretika dan bermanfaat untuk generasi masa depan.
"MOTAC merakamkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mendoakan agar semua pelajar yang tercedera diberikan kesembuhan segera," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang mereka naiki dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di laluan JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#15 penuntut UPSI maut
#Perodua Alza
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami