awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Pemilik syarikat bas sudah beri keterangan kepada polis

Bernama
Bernama
12/06/2025
03:40 MYT
Kemalangan bas UPSI: Pemilik syarikat bas sudah beri keterangan kepada polis
Pemilik bas itu memberi keterangan selama kira-kira satu jam setengah berhubung kemalangan tersebut. - Foto BERNAMA
IPOH: Pemilik syarikat bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik pada Isnin lepas, telah memberi keterangan semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik DSP Muhammad Firdaus Abdullah berkata pemilik syarikat berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada pukul 10.30 malam tadi.
"Pemilik bas itu memberi keterangan selama kira-kira satu jam setengah berhubung kemalangan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin dilaporkan berkata sehingga kini seramai 18 saksi telah diambil keterangan iaitu melibatkan beberapa pihak termasuk penuntut UPSI yang terlibat dalam kemalangan itu.
Dalam kejadian Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan kereta Perodua Alza di laluan JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#pemilik syarikat
#Muhammad Firdaus Abdullah
#keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami