MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Polis selesai rakam percakapan guru hina mangsa

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Foto Bernama
IPOH: Polis selesai merakam percakapan seorang guru susulan dakwaan hantaran jelik di media sosial berhubung kemalangan maut membabitkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada 9 Jun lepas.
Ringkasan AI
- Polis telah merakam percakapan seorang guru berhubung dakwaan hantaran jelik di media sosial berkait kemalangan maut melibatkan 15 pelajar UPSI di Gerik.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan rujukan seterusnya akan dibuat kepada Timbalan Pendakwa Raya.
- Laporan polis dibuat pada 11 Jun melibatkan akaun Facebook Khalid Yunus, dan siasatan kini dalam fasa akhir penyediaan kertas siasatan.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, Hasbullah dilaporkan berkata pihaknya menerima satu laporan pada 11 Jun lepas mengenai hantaran itu daripada akaun Facebook pengguna yang menggunakan nama 'Khalid Yunus'.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami