awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: 'Saya maafkan pemandu bas, tiada dendam' - Bapa Muhammad Adib

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2025
05:10 MYT
Kemalangan bas UPSI: 'Saya maafkan pemandu bas, tiada dendam' - Bapa Muhammad Adib
Halim menahan sebak apabila mengingat kembali kenangan bersama Muhammad Adib. -Sinar Harian
BACHOK: "Saya maafkan pemandu bas, apa yang berlaku ini takdir. Tiada dendam terhadap dia."

Ringkasan AI
  • Muhammad Adib Hazim, pelajar UPSI, merupakan salah seorang daripada 15 mangsa yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
  • Bapanya, Halim Sidik, menyatakan bahawa beliau reda dengan pemergian anaknya dan memaafkan pemandu bas, menganggap kejadian itu sebagai takdir tanpa menyimpan dendam.
  • Pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, memohon maaf kepada keluarga mangsa dan pelajar lain, memaklumkan bahawa bas yang dipandunya dipercayai mengalami masalah brek sebelum kemalangan berlaku.

Demikian luahan Halim Sidik, 58, bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib Hazim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
Menurut Halim, apa yang berlaku kepada anak keenam daripada tujuh beradik itu adalah ketentuan Ilahi.
“ALLAH sayang Adib. Apa yang berlaku, kami reda dan tiada dendam terhadap pemandu walaupun banyak cerita yang dihebohkan berkenaan dirinya.
“Anak kami pergi dengan baik. Saya fikir pemandu pun ada keluarga, dia juga tidak berniat untuk membawa laju. Soal maaf, biarlah dia pohon kepada Tuhan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Cina, di sini, pada Rabu.
Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Terdahulu, Sinar Harian pada Selasa melaporkan pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, memohon maaf kepada semua pelajar dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian terbabit.
Menurut Mohd Amirul yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Taiping, Perak, bas yang dipandunya dipercayai mengalami masalah brek.
Pada Isnin, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas hilang kawalan dan terlibat pelanggaran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza. -Amanz
Topic Berkaitan
#Muhammad Adib Hazim
#kemalangan bas UPSI
#Jalan Raya Timur-Barat
#Halim Sidik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan