awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Syarikat bas nafi guna khidmat pemandu lori

Sinar Harian
Sinar Harian
09/06/2025
08:15 MYT
Kemalangan bas UPSI: Syarikat bas nafi guna khidmat pemandu lori
Syarikat Kenari Utara menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya menggunakan khidmat pemandu lori sebagai pemandu gantian untuk menghantar pelajar UPSI. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Syarikat Kenari Utara menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya menggunakan khidmat pemandu lori sebagai pemandu gantian untuk menghantar pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ringkasan AI
  • Penafian dakwaan mengenai pemandu gantian: Syarikat Kenari Utara menafikan tuduhan bahawa mereka menggunakan khidmat pemandu lori sebagai pemandu gantian, dengan menyatakan pemandu yang bertugas mempunyai pengalaman luas dalam memandu bas ekspres.
  • Situasi pemandu dan kerjasama dengan pihak berkuasa: Pemandu tetap kenderaan tersebut bercuti, lalu digantikan dengan pemandu berpengalaman berusia 52 tahun, sementara syarikat menyatakan kesediaan untuk membantu siasatan kemalangan.
  • Maklumat mengenai pemandu terlibat: Kedua-dua pemandu bas yang terlibat dalam nahas maut di Gerik masing-masing berusia 39 dan 52 tahun, dan berasal dari Besut, Terengganu.

Pegawai Operasi syarikat itu, Mohd Nazri Nawi, meluahkan kekecewaan terhadap tuduhan netizen tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa syarikat berkenaan menggunakan khidmat seorang pemandu berusia 52 tahun yang mempunyai pengalaman luas memandu bas ekspres dan tiada sebarang rekod kesalahan berkaitan dadah atau jenayah.
"Kami memang menafikan perkara itu kerana pemandu yang berasal dari Besut itu seorang yang berpengalaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Kuala Krai pada Isnin.
Mohd Nazri turut menjelaskan bahawa kenderaan itu sepatutnya dikendalikan oleh pemandu tetap, namun individu tersebut bercuti kerana urusan keluarga, justeru memerlukan pemandu gantian.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nazri sebelum itu turut menyatakan kesediaan Kenari Utara untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung nahas bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, awal pagi Isnin.
Beliau juga memaklumkan kedua-dua pemandu bas yang terlibat dalam nahas tersebut, masing-masing berusia 39 dan 52 tahun, berasal dari Besut, Terengganu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#khidmat pemandu lori
#syarikat bas
#pemandu gantian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan