awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: TPM Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar yang maut

Bernama
Bernama
09/06/2025
04:20 MYT
Kemalangan bas UPSI: TPM Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar yang maut
Ahmad Zahid berkata beliau juga telah meminta laporan penuh daripada agensi-agensi berkaitan untuk tindakan susulan yang sewajarnya. - Foto Fcebbok/Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menzahirkan rasa dukacita atas insiden yang mengorbankan 15 nyawa pelajar, yang berlaku ketika mereka dalam perjalanan menimba ilmu.
"Kehilangan 15 nyawa muda dalam satu perjalanan ilmu merupakan satu dugaan yang amat besar. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi saat yang sukar ini.
"Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Saya juga mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan segera pulih dan diberi kesembuhan sepenuhnya," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau juga telah meminta laporan penuh daripada agensi-agensi berkaitan untuk tindakan susulan yang sewajarnya.
"Justeru, saya menyeru agar semua pihak dapat bersabar dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi melancarkan siasatan," katanya.
Pusat Kawalan Operasi Daerah Angkatan Pertahanan Awam Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#Ahmad Zahid Hamidi
#takziah
#keluarga mangsa maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami