Tiga orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan dua motosikal berkuasa tinggi (superbike) dan sebuah kereta di KM24 Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli pada petang Jumaat.
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa Ahmad Shadrul Amin Mohd Sauki, 22 tahun, yang memandu kenderaan jenis Perodua Bezza, maut di tempat kejadian bersama seorang penunggang superbike yang ketika itu sedang berkonvoi.
Mangsa yang ketiga, seorang lagi penunggang superbike, disahkan meninggal dunia sekitar 7.25 petang di Hospital Gerik.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata siasatan awal mendapati Perodua Bezza itu sedang dalam perjalanan ke Gerik manakala dua penunggang superbike terbabit sedang berkonvoi dari arah bertentangan.
"Setibanya di lokasi kejadian, iaitu laluan selekoh yang mendaki dari arah Gerik, kereta Bezza itu telah bergesel dengan salah sebuah superbike berkenaan.
"Sebuah lagi superbike yang berada di belakang, dipercayai telah mengelak ke bahagian kiri dan terbabas sebelum melanggar tembok jalan, manakala kereta Bezza itu berpusing dan melanggar penghadang besi, juga di bahagian kiri jalan.
"Superbike yang sebelum ini bergesel dengan kereta tersebut kemudian terbabas ke kiri jalan dan penunggangnya tercampak ke dalam longkang di kiri jalan menghala ke Jeli," katanya dalam sebuah kenyataan media di sini, hari ini.
Ismail berkata, ekoran rempuhan itu, tiga orang maut termasuk Ahmad Shadrul yang merupakan seorang pelajar pembantu perubatan di Alor Setar, manakala penumpangnya yang ketika itu duduk di bahagian hadapan mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Taiping.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Mar 09 2018
Keadaan Perodua Bezza yang dipandu Ahmad Shadrul. - Foto ihsan Bomba
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gerik kembali ceria selepas sedekad muram
Gerik bukan lagi pekan mati, mural tema tempatan ceriakan suasana sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.
Gerik pula dilanda banjir kilat
Antara lokasi yang terjejas ialah pekan Gerik, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Bendang Kerajaan dan Kampung Pecah Batu.
Bapa tumbuk anak direman tujuh hari
Seorang bapa kandung yang menumbuk dan menendang anak lelakinya berusia 12 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Perah, dekat sini direman selama tujuh hari.
Bapa tumbuk, tendang, libas dengan parang anak sambut hari lahir ke-12
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai memukul anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, di sini, petang semalam.
Lelaki mati dibunuh, dibakar
Mayat seorang lelaki ditemui rentung dipercayai dibunuh di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan dekat Kuak, Lenggong pada Jumaat.
4 hektar hutan atas Gunung Kenderong di Gerik terbakar
Kawasan hutan dianggarkan seluas empat hektar pada ketinggian 500 hingga 600 meter dari aras laut dikesan mengalami kebakaran di Gunung Kenderong di Gerik.
Unit K9 bantu SAR remaja lelaki hilang di Gerik
Dua ekor anjing serta tiga anggota dari Unit K9 Kuala Lumpur tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gerik untuk membantu operasi.
Remaja lelaki alami kecelaruan minda dikhuatiri hilang di Gerik
Kali terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam, sekitar jam 9 pagi.
Lelaki cabul wanita dalam bas ekspres berhampiran R&R Titiwangsa
Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul wanita berusia 22 tahun di dalam bas ekspres dalam perjalanan dari Seri Iskandar, Perak ke Tanah Merah, Kelantan, Selasa lalu.