awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran adakan perhimpunan prokerajaan ketika proses antikerajaan berterusan
Modul latihan pengurusan NGO Islam akan diperkenal - Zulkifli
Pelabuhan Pulau Pinang harus jadi 'homeport' wilayah utara - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut di Baling: Pemandu wanita positif dadah

Bernama
Bernama
19/04/2017
02:11 MYT
Kemalangan maut di Baling: Pemandu wanita positif dadah
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabit kemalangan di Kampung Teluk Teduri, Baling pada Selasa. - Gambar fail
Pemandu wanita berusia 37 tahun yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling dan isterinya, di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling, semalam, disahkan positif dadah.
Ketua Polis Daerah Baling, Supt Sharifudin Yusof berkata saringan awal ujian air kencing wanita tempatan itu disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Wanita tersebut yang memandu Toyota Hilux dan berasal dari Baling itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Baling bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini, katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian 7.15 pagi itu, ASP Mohd Noor Mat Ayub sekeluarga menaiki Myvi dalam perjalanan menghantar isterinya, Suriya Abdul Rahman, 37, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri sebelum sebuah Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa.
Akibat rempuhan itu, kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta jenis Honda City dari arah Kupang ke Baling menyebabkan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat anak mereka mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#mahkamah
#meninggal dunia
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan