awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Muhammad Nabil Haikal selamat disemadikan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
14/05/2022
04:00 MYT
Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Muhammad Nabil Haikal selamat disemadikan
Jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi. -Bernama
NILAI: Jenazah seorang lagi mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan kira-kira jam 9 pagi tadi selepas selesai disolatkan sekali lagi di kediaman keluarganya di Kampung Sungai Mahang, Nilai.
Allahyarham yang tinggal di Selayang, Selangor dikebumikan di tanah perkuburan yang merupakan kampung halaman bapanya Muhammad Fariz Amat Jusak, 49.
Jenazah Muhammad Nabil Haikal sebelum itu tiba dari Masjid Raja Permaisuri Nainun, USAS, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 100 penduduk termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham.
Muhammad Nabil adalah antara mangsa rentung dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, awal pagi Khamis.
Selain Muhammad Nabil, empat mangsa lain yang menjadi korban ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21.
Topic Berkaitan
#jenazah
#USAS
#Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz
#dikebumikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan