awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Ayatollah Ali Khamenei bersuara: "Iran tidak akan tunduk kepada sebarang pencabulan"
DUNIA
Qatar kecam serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan AS, anggap pencabulan kedaulatan
DUNIA
[TERKINI] Trump umum gencatan senjata antara Israel dan Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj

Bernama
Bernama
05/02/2025
02:10 MYT
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
ACP Norhizam menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran awam. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kemalangan membabitkan sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah Serdang dekat sini semalam tidak membabitkan unsur sabotaj.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata insiden membabitkan kereta Honda WRV dipandu lelaki berusia 39 tahun yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran itu pada 1.15 tengah hari, berlaku disebabkan kecuaian.
"Hasil temu bual bersama mangsa, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat.
"Beliau memaklumkan tiada unsur sabotaj dan kemalangan adalah atas kecuaian beliau sendiri kerana tertekan pedal minyak secara tidak sengaja dan hilang kawalan lalu melanggar tembok di aras 3B tersebut," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata akibat perlanggaran itu tembok penghalang pecah dan serpihan batu terkena sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang berada di bawah tempat itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran awam, katanya.
Sebelum ini, tular gambar bahagian belakang sebuah kereta terkeluar daripada kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Norhizam Bahaman
#tempat letak kenderaan bertingkat
#Hospital Sultan Idris Shah Serdang
#kereta langgar tembok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami