awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan Syafiq Ahmad: Pemandu dipercayai terlelap, hilang kawalan - Polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/12/2020
15:42 MYT
Kemalangan Syafiq Ahmad: Pemandu dipercayai terlelap, hilang kawalan - Polis
Menurut polis, kenderaan itu kemudian terbalik dan terseret hingga lebih kurang 90 kaki berdasarkan kesan calar di atas jalan raya. - Foto ihsan JBPM
SUNGAI BAKAP:Siasatan polis mendapati penyerang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang terlibat dalam kemalangan di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap awal pagi Ahad dipercayai terlelap semasa memandu.
Beliau yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai hilang kawalan semasa memandu dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.
BACA: Jenazah ibu mentua, anak Syafiq Ahmad selamat dikebumi
BACA: Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, anak maut
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kenderaan itu kemudian terbalik dan terseret hingga lebih kurang 90 kaki berdasarkan kesan calar di atas jalan raya.
Siasatan juga mendapati ketika kejadian, cuaca baik dan kemalangan berlaku di jalan lurus, rata, bertar, tiga lorong (satu lorong susur keluar ke Tol Jawi), satu hala, jalan kering dan kawasan gelap berlampu.
Lee berkata, bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa di Hospital Sungai Bakap mendapati punca kematian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan kepala.
Beliau berkata, polis turut mengambil sampel darah pemandu bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Syafiq Ahmad
#JDT
#kemalangan
#siasatan polis
#penyerang bola sepak
#hilang kawalan
#Terlelap
#Sungai Bakap
#Polis Daerah Seberang Perai Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan