awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan: Warga Singapura maut tersepit dalam van

Bernama
Bernama
07/03/2023
21:21 MYT
Kemalangan: Warga Singapura maut tersepit dalam van
Kemalangan antara sebuah van jenis Nissan dan sebuah lori HINO 10 tan berlaku di Kilometer 20, Jalan Mersing-Jemaluang di Mersing pagi semalam, mengakibatkan warga Singapura, Megat Omar Ismail, maut di lokasi kejadian. - Foto BERNAMA
MERSING: Seorang lelaki warga Singapura maut manakala seorang lelaki warga emas cedera parah akibat tersepit apabila van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 20, Jalan Mersing-Jemaluang di sini, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Zainuddin Ahmad, berkata mangsa, Megat Omar Ismail, 57, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Md Shash Mohd Said, 60, mengalami cedera parah.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.53 pagi, sebelum sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan tersebut melibatkan sebuah van jenis Nissan dan sebuah lori HINO 10 tan. Bagaimanapun, pemandu lori, Muhamad Fazli Bahri, 48, tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.
Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas 'rescue tool cutter' dan 'spreader' sebelum Megat Omar disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan jenazahnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, Md Shash yang cedera parah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak KKM untuk dihantar ke Hospital Mersing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Singapura maut
#kemalangan
#tersepit dalam van
#warga emas cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan