awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemaman sekali lagi dilanda ribut

Bernama
Bernama
25/10/2024
12:45 MYT
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat berkata kejadian yang berlaku kira-kira 4 petang itu, turut mengakibatkan bumbung di sebuah bangunan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman di Chukai, diterbangkan angin.
"Bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana kerosakan tidak seteruk yang dialami oleh penduduk pada kejadian hujan air batu dan ribut, Rabu lepas.
"Kebanyakan rumah pun hanya mengalami sekitar tujuh atau lapan keping atap sahaja yang diterbangkan angin," kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, sertaAhli Dewan Undangan Negeri Chukai itu ketika dihubungi Bernama.
Dalam pada itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Mohd Zailani Abdullah berkata tiada kecederaan dilaporkan berlaku akibat kejadian ribut yang melanda sekitar satu hingga dua minit itu.
"Bagaimana pun pihak bomba menerima panggilan mengenai dua kejadian pokok tumbang di sekitar bandar Chukai dan kerja-kerja pembersihan kawasan terlibat sedang dijalankan," katanya.
Pada Rabu Bandar Chukai dan kawasan dalam radius kira-kira tiga kilometer di sekitarnya dikejutkan dengan fenomena hujan air batu yang turut disertai ribut kuat.
Kejadian yang berlaku 4 petang dan berlangsung selama 10 hingga 15 minit itu, mengakibatkan sebanyak 244 buah rumah dan tujuh buah sekolah mengalami kerosakan teruk terutama pada bahagian bumbung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemaman
#ribut
#Chukai
#Kijal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan