DREBAR
Kemas kini Mazda BT-50 bakal keluar tidak lama lagi

Mazda Motor Corporation mengesahkan bahawa pengeluaran bagi trak BT-50 yang dikemaskini sudah bermula di kilang Auto Alliance mereka yang terletak di Thailand. Mengikut pihak syarikat, model ini akan diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi, bermula di Thailand dan Australia. Imej yang diberikan buat masa ini masih lagi belum lengkap, cukup untuk sekadar mencuri perhatian kami.
Mazda BT-50 ini adalah antara model pertama yang bertanggungjawab menjadikan segmen trak pikap sebagai sebuah kenderaan dengan imej gaya hidup aktif bagi pemiliknya sejak diperkenalkan pada tahun 2011.

BT-50 yang bakal menjelma nanti mengekalkan kegunannya yang versatil, beserta prestasi pemanduan yang menarik. Rekaan diberi beberapa pembaharuan, termasuk untuk bahagian hadapan, lampu belakang dan juga rekaan aloi aluminium.
Bahagian dalam kenderaan turut diubah supaya membayangkan kualiti yang lebih baik. Unsur keselamatan pula diperbaiki dengan penggunaan kamera undur buat pertama kali. Pilihan enjin masih dikekalkan sepertimana sekarang: 2.2-liter dan 2.5-liter.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami