awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan pekerja asing perlu dihentikan segera - Kulasegaran

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2018
12:12 MYT
Kemasukan pekerja asing perlu dihentikan segera - Kulasegaran
M Kulasegaran berkata jumlah pekerja asing di negara terlalu ramai sehingga sukar untuk dianggarkan jumlahnya. -Gambar fail
Kemasukan ramai pekerja asing di negara ini perlu dihentikan segera.
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata jumlah pekerja asing di negara terlalu ramai sehingga sukar untuk dianggarkan jumlahnya.
Katanya, keperluan tenaga asing di negara ini sebenarnya mencukupi kerana wujud dalam kalangan mereka bekerja di sektor yang sepatutnya diisi pekerja tempatan.
"Ada pekerja asing yang tidak berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia tetapi mereka mempunyai pas pekerja yang sah. Sebab itu kita nak ikut model Singapura dalam menangani kebanjiran pekerja asing ini.
"Kita perlu pekerja asing tapi untuk sektor-sektor tertentu, bukan semua sektor. Kita tak mahu satu hari nanti kerjaya profesional macam peguam, doktor dan lain-lain turut menggunakan pekerja asing," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Ulangtahun ke-99 Tun V Sambathan, Buntong, di sini, hari ini.
Kulasegaran berkata, pihaknya turut akan berbincang dengan pihak industri mengenai keperluan kebergantungan tenaga asing di negara ini.
Katanya, keutamaan dalam mengisi kekosongan jawatan harus diberikan kepada rakyat tempatan.
Sementara itu, mengenai dasar gaji minima, Ahli Parlimen Ipoh Barat berkenaan berkata, kajian sudah pun berada dalam peringkat akhir.
Beliau berkata, setelah siap kelak, ia akan dibentangkan ke kabinet untuk dibincangkan dan dipersetujui.
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#kerjaya profesional
#kulasegaran
#pekerja asing
#pekerja tempatan
#tenaga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan