awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan pendatang turut didalangi warga Rohingya sendiri

Hakim Rahman
Hakim Rahman
28/05/2015
07:03 MYT
Kemasukan pendatang turut didalangi warga Rohingya sendiri
NOOR RASHID: Terdapat etnik Rohingya yang masuk ke Malaysia menggunakan laluan biasa dengan berhubung melalui rakan atau saudara yang telah lama menetap di negara ini.
Kemasukan pendatang asing Rohingya dan Bangladesh ke negara ini melibatkan sindiket yang didalangi sendiri oleh warga Rohingya.
Sindiket tersebut juga dikesan bersekongkol dengan sindiket lain di negara ini dalam usaha membawa masuk pendatang.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kemasukan sindiket ke negara ini melibatkan rangkaian sindiket yang beroperasi secara terancang.
“Terdapat sindiket yang menyeludup ribuan warga mereka dengan menaiki bot. Sindiket tersebut didalangi oleh warga Rohingya sendiri.
“Kami belum dapat memastikan dalang warga Rohingya yang membawa masuk pendatang tersebut namun berdasarkan maklumat awal yang kami terima, kami telah menangkap kumpulan sindiket yang menyambut kedatangan mereka ke negara ini,” ujar Noor Rashid.
Tambah Noor Rashid, terdapat juga etnik Rohingya yang masuk ke Malaysia menggunakan laluan biasa dengan berhubung melalui rakan atau saudara yang telah lama menetap di negara ini.
Beliau pada masa yang sama mengesahkan bahawa dua anggota polis yang ditangkap di Pulau Pinang baru-baru ini terlibat dalam membawa masuk pelarian memasuki sempadan negara ini.
Selain itu, tangkapan selebihnya melibatkan anggota penguatkuasa yang dipercayai terlibat secara langsung dalam aktiviti penyeludupan.
BACA: 'PATI sudah ibarat rahsia terbuka' - Penduduk
BACA: 12 anggota polis ditahan berkait sindiket pemerdagangan manusia
Topic Berkaitan
#Noor Rashid Ibrahim
#pati
#Rohingya
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan