awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2023
05:50 MYT
Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah
Fadhlina berkata, kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu melonggarkan syarat kemasukan ke peringkat pendidikan itu. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA NERUS: Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu melonggarkan syarat kemasukan ke peringkat pendidikan itu sekali gus mengurangkan isu keciciran pelajar.
"Sebelum ini permohonan tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) menerusi KPM, dengan kuasa yang ada pengetua sudah boleh ambil murid Tingkatan Enam.
"Kita bagi autonomi supaya pengetua boleh cari siapa yang tak ada ruang belajar atau tak boleh sambung belajar untuk dia ambil pelajar itu masuk terus. Tak perlu tunggu tawaran daripada KPM," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Himpunan Pewaris Generasi Madani di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, kerajaan kini juga memberikan perhatian terhadap penjenamaan semula Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti KPM bagi menaik taraf sistem pendidikan berkenaan.
Selain itu, katanya tumpuan juga diberikan kepada pelajar B40 lepasan STPM supaya merek dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Kita ada lagi insiatif-inisiatif untuk pelajar Tingkatan Enam yang sedang kita angkat bagi memastikan laluan mereka menyambung pengajian diperkukuhkan.
"Memandangkan pelajar lepasan STPM ini kebanyakan daripada keluarga B40, kita mahu pastikan pendidikan mereka ini terus diberikan perhatian dan dijamin untuk terus mendapat akses serta peluang belajar," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tingkatan Enam
#kuasa autonomi
#pengetua sekolah
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan