awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian akibat keracunan alkohol kekal 36 orang

Bernama
Bernama
23/09/2018
20:30 MYT
Kematian akibat keracunan alkohol kekal 36 orang
Jumlah mangsa yang masih menerima rawatan turut kekal iaitu 18 orang manakala 16 mangsa telah dibenarkan keluar hospital. - Foto fail/Bernama
Jumlah terkini kematian akibat keracunan alkohol di seluruh negara kekal 36 orang setakat pukul 10 malam ini, dengan 24 kes di Selangor, sembilan di Kuala Lumpur dan tiga di Perak.
Di SHAH ALAM, jumlah kematian akibat keracunan alkohol kekal 24 orang setakat pukul 3 petang tadi membabitkan dua rakyat Malaysia, Bangladesh (2), Nepal (8), Myanmar(10), India (1) dan seorang individu yang tidak diketahui identitinya.
Jumlah mangsa yang masih menerima rawatan turut kekal iaitu 18 orang manakala 16 mangsa telah dibenarkan keluar hospital.
Mengikut kenyataan polis Selangor, terdapat sedikit perbezaan jumlah mangsa maut dengan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan laporan kematian yang diterima polis Selangor adalah daripada waris mangsa sendiri selain daripada pihak hospital.
Di IPOH, jumlah kematian meningkat kepada tiga orang dengan kes terbaru membabitkan lelaki tempatan berusia lingkungan 33 hingga 40-an, meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Sementara itu, di SEREMBAN, laporan ujian darah bagi pengesahan sama ada dua kes kematian yang diterima di negeri itu berpunca daripada keracunan alkohol dijangka diperolehi esok.
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin, pihaknya menerima laporan bahawa alkohol yang diminum oleh kedua-dua mangsa bukan daripada jenis alkohol yang menyebabkan kematian seperti mana kes di Selangor dan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, KKM dalam kenyataan hari ini berkata setakat ini kementerian telah menjalankan pemeriksaan ke atas 589 premis yang menjual arak dan dalam pemeriksaan itu, 1,816 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah disita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alkohol
#arak
#kematian
#keracunan
#metanol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan