Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kematian seekor gajah pygmy Borneo baru-baru ini agar tampil ke hadapan membantu siasatan.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mastor Mohd Ariff, memaklumkan sehingga kini, suspek belum dapat dikenal pasti.
"Kami merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil di balai polis berhampiran, supaya penjenayah ini dapat segera dikesan.
"Pihak polis memandang serius isu ini kerana ini merupakan kali kedua kes seumpama ini berlaku," kata Mastor dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, pada Selasa.
Pada Sabtu, seekor lagi gajah Pygmy Borneo ditemui mati dengan lima kesan luka disyaki akibat ditembak di sebuah ladang kelapa sawit di Beluran, Sabah.
Sebelum itu, sekumpulan pemancing menemukan bangkai gajah dari jenis yang sama di Sungai Udin, Tawau.
ARTIKEL BERKAITAN: Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru ditemui dalam badan
Dalam pada itu, Ops Bersepadu Khazanah yang dilancarkan pada September lalu, dengan kerjasama Perhilitan, telah berjaya menahan tujuh rakyat asing dan tiga warga tempatan yang melakukan pelbagai kesalahan, membabitkan nilai rampasan RM908,000.
"Harimau tak mudah ditemui di Malaysia. Mereka memasang jerat dan membiarkan jerat itu berhari-hari. Setakat ini lebih 100 jerat sudah dimusnahkan.
"Jerat itu diperbuat daripada dawai. Apabila jerat itu mengena harimau dan dibiarkan seminggu, kaki harimau itu boleh putus. Malah ada juga haiwan lain yang mati kelaparan kerana terperangkap jerat.
"Selain masalah pencerobohan pemburu haram, jerat ini juga satu isu besar," tambah Mastor.
Kesemua mereka ditahan dan didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perhutanan Negara 1984.
Madiha Abdullah
Tue Oct 22 2019
PDRM memandang serius kes kematian gajah pygmy Borneo. - Foto Jabatan Hidupan Liar Sabah
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.