Vaksin untuk mencegah penyakit hawar berdarah dalam kalangan haiwan ternakan adalah percuma, yang diperlukan hanya kerjasama penternak supaya memberi kebenaran suntikan dilakukan.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata pihaknya adakala mengalami kesukaran melaksanakan langkah pencegahan kerana sikap tidak ambil peduli tentang kepentingan vaksin.
"Apabila ada kes wabak yang melanda ternakan lembu kerbau seperti hawar berdarah dikesan di sesuatu lokasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan segera melakukan tindakan pencegahan dengan pemberian vaksin kepada semua ternakan yang berada dalam daerah dan kawasan sekitar.
"Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) jabatan supaya wabak tak merebak. Pemberian vaksin itu dilakukan secara percuma sahaja. Hanya kerjasama daripada pemilik ternakan yang diperlukan dan saya yakin stok vaksin yang ada adalah mencukupi, " katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Dr Azman berkata terdapat segelintir penternak yang menolak permohonan JPV kerana beranggapan ternakan mereka sihat hingga proses mencegah penularan terganggu, yang akhirnya membawa kematian ternakan dalam kuantiti yang banyak.
Katanya, penyakit hawar berdarah dikesan berlaku di Terengganu pada 2018 dan JPV telah mengambil tindakan sepatutnya sebagaimana SOP.
"Apabila mula dikesan pada 2018 hingga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 proses vaksin telah dilakukan secara berterusan. Tanpa vaksin, jangkitan dan kematian ternakan boleh berlaku tanpa dijangka. Vaksin sebagai suatu ikhtiar pencegahan. Tanpa ikhtiar kita tidak boleh berserah begitu sahaja.
"Biasa berlaku apabila berlaku kematian barulah pemilik yang asalnya tidak memberikan kerjasama, mengizinkan baki ternakan mereka yang masih hidup diberikan vaksin," katanya yang turut berharap agar penternak di negeri itu mengubah sikap dan mendengar saranan JPV.
ANDA MUNGKIN BERMINAT: Apa itu hawar berdarah punca kerbau 'Mowgli Malaysia' mati bergelimpangan?
Dr Azman juga menggesa penternak mengambil langkah pencegahan dengan mengasingkan haiwan ternakan bergejala serta segera melaporkan kepada JPV untuk mengambil vaksin dalam tempoh terdekat.
Semalam tular tentang kematian 36 ekor kerbau peliharaan keluarga 'Kampung Boy' atau Muhammad Syukur Khamis, 15 , secara berperingkat sejak Rabu lalu dan pagi ini enam ekor lagi mengalami nasib sama yang dipercayai akibat hawar berdarah. Hingga kini, siasatan mengesan punca kematian itu masih giat dilakukan oleh pihak JPV.
Sementara itu, Pengarah JPV Terengganu Dr Mohd Tarmizi Ghazali berkata dari 9 hingga 28 Ogos lepas, seramai 13 penternak turut mengalami musibah itu, melibatkan kematian 22 ekor kerbau dan 15 ekor lembu, di Kampung Tuman Jerong, Marang.
Pihaknya mengesan terdapat jangkitan penyakit hawar berdarah atau 'hemorrhagic septicemia' pada haiwan berkenaan dan susulan itu, operasi pemvaksinan dilakukan bermula 30 Ogos di 12 kampung, ke atas 675 ekor lembu dan 58 kerbau, milik 106 penternak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020
Semalam tular tentang kematian 36 ekor kerbau peliharaan keluarga 'Kampung Boy' atau Muhammad Syukur Khamis, 15 , secara berperingkat sejak Rabu lalu. - Foto Astro AWANI
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Ubur-ubur beracun: PBT disaran pasang papan tanda amaran
Kerajaan negeri Terengganu menyarankan PBT di setiap daerah memasang papan tanda amaran di kawasan pantai tumpuan pengunjung susulan penemuan ubur-ubur beracun jenis Portuguese Man o'War.
Lemas punca 11 ekor lembu mati
Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga sedang mengenal pasti suspek yang melakukan perbuatan itu.
Jabatan Perikanan diarah perhebat penguatkuasaan elak kematian penyu
Penguatkuasaan perlu dilakukan secara lebih serius dan menyeluruh supaya kematian penyu tidak berulang.
Haiwan mahal dipelihara sebagai hobi tidak layak mohon ganti rugi
Individu yang memelihara haiwan mahal sebagai hobi mewah tidak layak memohon bantuan daripada Tabung Bencana Pertanian Terengganu.
Kematian kerbau 'Mowgli Malaysia': Vaksin hawar berdarah percuma, hanya perlu kerjasama penternak
Vaksin hawar berdarah adalah percuma, yang diperlukan hanya kerjasama penternak supaya memberi kebenaran suntikan dilakukan.