awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian tahanan warga Indonesia di depoh imigresen Sabah akibat kelewatan penghantaran balik

Bernama
Bernama
30/06/2022
10:53 MYT
Kematian tahanan warga Indonesia di depoh imigresen Sabah akibat kelewatan penghantaran balik
Kementerian Luar Indonesia memaklumkan seramai 18 tahanan warga Indonesia meninggal dunia di Pusat Tahanan Imigresen di Sabah pada 2021, dan tujuh lagi dari Januari hingga Jun 2022. - Gambar hiasan
JAKARTA: Kelewatan penghantaran pulang akibat sekatan perjalanan ketika pandemik COVID-19 dikenal pasti sebagai punca utama kematian tahanan warganegara Indonesia di depoh imigresen di Sabah, Malaysia, menurut laporan Kementerian Luar Indonesia.
Perkara itu didedahkan ketika pertemuan secara maya dengan Jabatan Imigresen Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Sabah dan Gabungan Pekerja Migran Berdaulat (KBMB) pada Rabu.
Malaysia dan Indonesia melaksanakan kuarantin ketat, kawalan pergerakan, penutupan sempadan dan larangan perjalanan mengikut keperluan sejak 2020 bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan seramai 18 tahanan warga Indonesia meninggal dunia di Pusat Tahanan Imigresen di Sabah pada 2021, dan tujuh lagi dari Januari hingga Jun 2022.
Kenyataan itu turut mendedahkan nama tahanan dan punca kematian berdasarkan keputusan bedah siasat hospital.
Dalam pertemuan itu, kementerian itu meminta Malaysia mempercepatkan proses penghantaran pulang tahanan memandangkan risiko penularan wabak agak rendah buat masa ini dan kementerian bersedia membiayai proses itu.
Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia di Tawau merancang untuk meningkatkan lawatan ke depoh imigresen secara rutin dan akan menyediakan keperluan seperti pakaian, makanan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, akan berkunjung ke Sabah secepat mungkin bagi membantu proses itu, menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar Indonesia pada Rabu meminta penjelasan daripada Jabatan Imigresen Negeri Sabah susulan laporan yang dikeluarkan KBMB mengenai layanan terhadap warganya di depoh tahanan di Malaysia.
Laporan itu mendakwa terdapat kematian dan tahanan diberi layanan tidak berperikemanusiaan di Depoh Tahanan Imigresen di Tawau.
Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#depoh imigresen Sabah
#kematian tahanan
#warga Indonesia
#Kementerian Luar Indonesia
#Jabatan Imigresen Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan