MALAYSIA
Kematian Zara Qairina: KPM tegas, tidak lindungi individu terlibat

Fadhlina Sidek berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada selepas pihaknya menerima laporan penuh daripada polis berhubung kes berkenaan.
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu.
Ringkasan AI
- KPM menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes kematian Zara Qairina dan akan mengambil tindakan selepas menerima laporan penuh daripada polis.
- Menteri Pendidikan menyatakan tiada keperluan untuk melengahkan tindakan, menunjukkan komitmen terhadap ketelusan dan keadilan dalam kes ini.
- Polis telah selesai siasatan dengan lebih 60 saksi dipanggil, dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu hadapan.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan kepada Murid Tingkatan Enam Semester Satu 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini.
Menurut beliau, tiada keperluan untuk KPM melengahkan sebarang tindakan berkaitan isu tersebut.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan bahawa polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, kira-kira 60 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Siasatan telah siap dan selewat-lewatnya minggu hadapan pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami