awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembalikan kemandirian SPRM - Asyraf Wajdi

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
06/03/2020
08:03 MYT
Kembalikan kemandirian SPRM - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, keputusan ini bagi mengembalikan kemandirian SPRM dan memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang. - Gambar ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik keputusan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya meletak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan berkenaan mampu mengembalikan kemandirian SPRM sekali gus memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang.
"Selepas peletakan jawatan Peguam Negara, Tommy Thomas, ini merupakan berita kedua peletakan jawatan melibatkan lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu yang bukan sahaja mencabuli institusi penting negara, bahkan menamatkan ‘awan hitam’ yang menyelubungi prinsip kedaulatan undang-undang selama 21 bulan,” dakwanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, berikutan itu Pemuda UMNO menuntut lima perkara termasuk meletakkan SPRM di bawah kuasa Parlimen, supaya institusi terbabit benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh politik.
"Selain itu, SPRM disarankan membuka semula kertas siasatan rasuah dan pecah amanah melibatkan pemimpin-pemimpin PH yang dihentikan sebelum ini, termasuk skandal rasuah terowong dasar laut dan tiga lebuh raya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM6.3 bilion," katanya.
Asyraf Wajdi menambah, SPRM juga perlu meneruskan siasatan dan pendakwaan rasuah membabitkan pemimpin-pemimpin politik tanpa pilih kasih termasuk pemimpin parti kerajaan baharu.
"Selain itu, kita mahu supaya amalan lantikan politik dalam organisasi yang menjadi tonggak keadilan dan kedaulatan undang-undang termasuk Jabatan Peguam Negara, SPRM serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dihentikan," katanya.
Beliau menegaskan, kerajaan baharu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menggandakan usaha memerangi rasuah dengan memastikan kemandirian SPRM demi memulihkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap institusi penting yang menjadi wajah sistem keadilan di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#bebas lantikan politik
#Latheefa Koya
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#SPRM
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tommy Thomas
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan