Cadangan mengubah semula pindaan Perlembagaan pada 1994 kepada asal bukan bertujuan mencabar sistem demokrasi.
Sebaliknya, ia dilihat dapat memastikan penggubalan undang-undang dilakukan dengan lebih teliti.
Lebih penting, ujar Pakar Undang-Undang Perlembagaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Shamrahayu Abdul Aziz, ia bagi memastikan semak dan imbang dalam sistem perundangan negara.
"Sebagai akademik saya percaya pindaannya adalah baik dan kita perlu lakukan pindaan ini yang mana kita perlu mengembalikan satu mekanisma semak dan imbang dan keduanya adalah ketelitian dalam membuat undang-undang."
"Apabila kita mempunyai institusi Yang Di-Pertuan Agong, ini boleh jadi satu mekanisme untuk mengimbangi sama ada apa yang dibuat parlimen itu menepati kehendak prinsip-prinsip asas negara kita.
"Sekiranya kita tidak ada mekanisme lain di luar parlimen untuk mengimbanginya, ia akan menjadi suatu perkara yang tidak baik kepada sistem perundangan kita," katanya ketika dihubungi Astro AWANI dalam satu temuramah dalam Buletin AWANI 7.45 malam tadi.
Ujarnya, langkah itu dilihat sebagai 'peluang kedua' dalam mengembalikan peranan institusi Yang Di-Pertuan Agong dalam proses perundangan negara.
"Pada pendapat saya, kita perlu sekurang-kurangnya beri peluang kedua. Walaupun kita mahu mengangkat demokrasi itu dan kita mahu jaga institusi raja. Namun, kita boleh memberi peluang kedua.
Maksudnya, kita memberi rang undang-undang Dewan Rakyat atau Dewan Negara kepada Yang Di-Pertuan Agong. Sekiranya Baginda tidak dapat memberi perkenan atas apa-apa alasannya, Baginda boleh memulangkan balik rang undang-undang kepada Dewan yang memperkenalkannya.
BACA: Dr Mahathir mohon maaf kepada Agong
"Selepas mengambil kira beberapa masa tertentu, ia perlulah dibaca dan diluluskan kembali dan kemudian diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi kali kedua. Ini bagi memastikan rang undang-undang diluluskan dengan ketelitian. Ia bukan untuk mencabar sistem demokrasi tetapi memastikan bahawa undang-undang itu dilakukan dengan penuh teliti," katanya.
Dalam catatan blog chedet.cc, Tun Dr Mahathir memohon maaf kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana pindaan perlembagaan yang menyebabkan perkenan Raja-raja Melayu tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang.
Ia susulan akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang Di-Pertuan Agong.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad berkata UMNO tidak berhasrat untuk mengubah semula pindaan Perlembagaan tersebut yang telah menghadkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong.
Beliau bagaimanapun berpendapat, masih ada ruang penambahbaikan supaya pindaan yang telah dibuat itu memberi kebaikan untuk negara.
Tan Su Lin
Sun Aug 28 2016
Menurut Shamrahayu, ia dilihat dapat memastikan penggubalan undang-undang dilakukan dengan lebih teliti.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Kembalikan kuasa Agong, wujud semak dan imbang - Pakar Perlembagaan
Cadangan mengubah semula pindaan Perlembagaan pada 1994 kepada asal bukan bertujuan mencabar sistem demokrasi.