awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri berhenti kereta, santuni rakyat Tawau

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2023
00:45 MYT
Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri berhenti kereta, santuni rakyat Tawau
Antara rakaman foto Al-Sultan Abdullah menyantuni masyarakat Tawau sepanjang Kembara Kenali Borneo. - Gambar Facebook/ Istana Negara
KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni masyarakat Tawau, Sabah yang teruja menanti keberangkatan baginda berdua di sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau ke hotel penginapan pada Ahad.
Menurut perkongsian di Facebook Istana Negara, semasa keberangkatan dari lapangan terbang menuju ke hotel, Al-Sultan Abdullah yang memandu sendiri kereta dengan ditemani Raja Permaisuri Agong berkenan berulang kali berhenti dan turun dari kenderaan untuk bersalaman dan bergambar dengan penduduk yang menanti di tepi jalan raya.
Malah, hantaran dalam perkongsian itu turut memaklumkan, jadual keberangkatan tiba di hotel turut tergendala kira-kira enam jam susulan Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa menyantuni rakyat sepanjang perjalanan yang sepatutnya memakan masa 30 minit itu.
Sambutan luar biasa turut kelihatan dengan beberapa penduduk setempat mengibarkan bendera Malaysia dan Sabah dengan sorakan 'Daulat Tuanku' sebagai simbolik menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Terdapat juga beberapa penduduk setempat meminta motoked Seri Paduka Baginda berdua untuk berhenti atau memperlahankan konvoi ketika melalui jalan raya berdekatan kawasan mereka bagi mendapat peluang bertemu dan bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah melancarkan Kembara Kenali Borneo iaitu program pengembaraan sejauh lebih 2,149 kilometer selama 11 hari dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.
Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan akan menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak pada program yang bermula semalam hingga 13 September ini.
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#Raja Permaisuri Agong
#Yang di-Pertuan Agong
#Kembara Kenali Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan