awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembara Kenali Borneo suburkan lagi semangat perpaduan rakyat - Abang Johari

Bernama
Bernama
12/09/2023
22:30 MYT
Kembara Kenali Borneo suburkan lagi semangat perpaduan rakyat - Abang Johari
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membuat lawatan ke Pasar Sentral Sibu sempena Kembara Kenali Borneo pada Selasa. Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Foto BERNAMA
KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat dalam Kembara Kenali Borneo telah menyuburkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
"Sesungguhnya keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua untuk menjayakan kembara merentasi Pulau Borneo ini menzahirkan contoh bahawa perpaduan sesama insan seharusnya tidak dihadkan oleh perbezaan agama, budaya atau bangsa," kata beliau dalam ucapannya pada Majlis Santapan Penutupan Kembara Kenali Borneo, di sini, pada Selasa/
Majlis santapan itu turut dihadiri Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof
Menurut Abang Johari, pasangan diraja itu juga berkenan mencemar duli menyertai pelbagai aktiviti budaya yang dianjurkan rakyat bagi menyerikan sambutan ketibaan kembara itu.
Kembara Kenali Borneo ini akan berakhir hari ini di Telok Melano, di selatan Sarawak selepas memulakan penjelajahan dari Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas.
Kembara yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk mendekati rakyat Sabah dan Sarawak, telah menamatkan perjalanan di Sabah pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak menerusi Brunei.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kembara Kenali Borneo
#Yang di-Pertuan Agong
#semangat perpaduan
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan