MALAYSIA
Kemenangan mahasiswa prokerajaan bukti 'Gen Y' fahami perjuangan BN - Najib

NAJIB: Kalau mereka (generasi baharu) faham, mereka boleh terima yang masa depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. - Foto Bernama
Kemenangan besar mahasiswa prokerajaan dalam pilihan raya kampus di tujuh universiti awam baru-baru ini membuktikan generasi baharu memahami perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau menyifatkan, kemenangan mahasiswa prokerajaan itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus di negara ini.
"Siapa kata kita tidak laku dengan kalangan Gen Y? Mereka boleh sokong, dengan syarat kita dapat memaparkan perjuangan kita kepada mereka.
"Beri mereka faham apa sebenarnya dasar kita, matlamat perjuangan kita dan cara kita," katanya ketika berucap merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam di sini, hari ini.
"Kalau mereka (generasi baharu) faham, mereka boleh terima yang masa depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. Wujudnya mereka di universiti juga kerana kita," kata Najib.
Pada pilihan raya kampus sesi 2015/2016, kumpulan Pro-Aspirasi iaitu kumpulan mahasiswa prokerajaan mendominasi kemenangan di UM, UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UIAM.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami