KUALA LUMPUR: Semua kementerian dan agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri mahupun kerajaan tempatan, penggubal serta pengawal selia polisi dan peraturan diseru untuk bertindak lebih proaktif dalam membuat semakan terhadap peraturan sedia ada.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata semakan peraturan hendaklah dilaksanakan agar ia kekal relevan dan menyokong pertumbuhan produktiviti.
"Para pengawal selia amat disarankan untuk membuat semakan terhadap akta dan peraturan yang berkuat kuasa, dan ini bertitik tolak daripada transformasi minda ke arah penambahbaikan penyampaian peraturan, pematuhan serta memudah cara urusan operasi perniagaan.
"Sebagai jentera pembangunan Keluarga Malaysia, penjawat awam hendaklah mempunyai minda terbuka dan positif dalam menerima dan melaksanakan pembaharuan yang membawa kepada kemakmuran negara," katanya ketika berucap melancarkan Kempen Jom Semak, secara maya di sini hari ini.
BACA: PPN: Ekosistem peraturan meliputi penghasilan dan penguatkuasaan ditambahbaik
Beliau berkata kempen Jom Semak adalah kesinambungan kepada pelaksanaan Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan melalui Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2021 bertajuk Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 22 Jun 2021.
"Pekeliling ini memberi arahan kepada semua agensi kerajaan untuk mematuhi Sistem Pengurusan Proses Peraturan seperti yang termaktub dalam pekeliling ini.
"Usaha ini adalah komitmen kerajaan untuk menambah baik ekosistem peraturan negara meliputi penghasilan dan penguatkuasaan peraturan yang berkualiti, lebih komprehensif, tangkas serta responsif dalam memenuhi keperluan masa kini dan akan datang," katanya.
Mohd Zuki berkata inisiatif ini bertepatan dengan Pelan Pemulihan Negara serta aktiviti ekonomi semakin rancak dan peraturan yang berkualiti akan menambah baik persekitaran perniagaan seterusnya membolehkan syarikat beroperasi dengan lancar.
"Kita menganggarkan lebih 1,000 pengawal selia akan mendapat manfaat daripada kempen ini, dan seterusnya membawa kesan berganda kepada komuniti perniagaan dan rakyat secara keseluruhan.
"Sama-samalah kita bertindak dengan lebih progresif agar negara kita bergerak ke hadapan dengan lebih cepat dalam proses pemulihan ekonomi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata semakan peraturan hendaklah dilaksanakan agar ia kekal relevan dan menyokong pertumbuhan produktiviti. - Gambar fail/BERNAMA
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Perlis beri Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata jumlah itu sangat kecil kerana ia hanya melibatkan 1,400 penjawat awam yang tidak memilih SSPA.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara
KWAP sedang mengenal pasti tanah berpotensi dijadikan Pembangunan Tanah Wakaf, bagi membina rumah persaraan mandiri golongan pesara awam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.