awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi

Bernama
Bernama
09/07/2024
20:00 MYT
Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi
AI boleh membantu mengurangkan beban kerja seperti kemasukan data, pengurusan rekod dan penyimpanan, selain dapat menjimatkan masa serta mengurangkan kemungkinan kesilapan manusia. - Gambar hiasan/Freepik
PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyeru kementerian dan agensi kerajaan untuk meneroka dan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kepada rakyat.
Beliau berkata, hal ini kerana AI boleh membantu mengurangkan beban kerja seperti kemasukan data, pengurusan rekod dan penyimpanan, selain dapat menjimatkan masa serta mengurangkan kemungkinan kesilapan manusia.
"Kita lihat mereka ada memanfaatkan AI untuk aplikasi tertentu, tetapi belum digunakan secara menyeluruh.
"Jadi, sekiranya ada sebarang teknologi AI untuk membantu melancarkan proses dan aspek tadbir urus dan kecekapan bagi perkhidmatan yang disediakan agensi ini, maka kita amat alu-alukan," katanya selepas melancarkan Pusat Pengalaman AI CelcomDigi di Hub CelcomDigi, Subang Jaya, di sini, pada Selasa.
Mengenai Pusat Pengalaman AI, Fahmi mengajak orang ramai untuk melawat pusat berkenaan kerana ia memperagakan pelbagai teknologi AI yang sedang digunakan negara sama ada projek rintis atau pengkomersialan.
"Saya harap Pusat Pengalaman AI ini dikunjungi bukan sahaja oleh para pelajar, tetapi juga penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara dan ramai lagi untuk melihat dan bertanya kepada syarikat ini aplikasi yang mungkin sesuai dan bermanfaat dengan keperluan setiap kementerian.
"Sebagai contoh, tadi saya lihat aplikasi penggunaan dron untuk kenal pasti pergerakan tanah bagi kawasan cerun dan kita tahu pihak Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mungkin berminat kerana ada pelbagai teknologi yang boleh dimanfaatkan, (namun) terpulang kepada kesesuaian bidang tugas mereka," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Fahmi Fadzil
#teknologi AI
#agensi kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan