awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian anjur saringan hepatitis percuma secara besar-besaran

Bernama
Bernama
15/07/2019
08:21 MYT
Kementerian anjur saringan hepatitis percuma secara besar-besaran
Dr Noor Hisham berkata terdapat lebih 100 tempat saringan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan di seluruh Malaysia mulai hari ini hingga 21 Julai. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan akan menganjurkan secara besar-besaran saringan 'pemeriksaan-dan-rawat' bagi semua rakyat Malaysia untuk Hepatitis C secara percuma.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata akan terdapat lebih 100 tempat saringan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan yang utama di seluruh Malaysia, mulai hari ini hingga 21 Julai.
"Kami berharap kempen ini akan membantu rakyat peluang 'pemeriksaan-dan-rawatan' kerana terdapat kira-kira 400,000 orang terjejas oleh penyakit itu di Malaysia.
"Kami juga mahu semua rakyat Malaysia memahami risiko Hepatitis C, dan kami dapat mengatasi masalah penyakit ini, yang membebankan negara di samping mengelakkan berlakunya kes baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kempen berkenaan juga adalah sebahagian daripada persediaan Hari Hepatitis Sedunia, yang akan disambut di seluruh dunia pada 28 Julai.
"Rakan kami dalam kempen ini, inisiatif Drug Untuk Penyakit Terabai (DNDi) dan Yayasan Inovatif Dianogtik Baru (FIND) akan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk menjalani pemeriksaan dan dirawat untuk penyakit ini secara percuma.
"Inisiatif ini adalah acara saringan terbesar pernah diadakan oleh kerajaan dan akan memainkan peranan signifikan dalam pembasmian Hepatitis C menjelang 2030. Kempen ini juga akan membantu menyokong dan meningkatkan aktiviti penambahbaikan saringan Hepatitis C di negara ini," katanya.
Antara hospital yang mengambil bahagian dalam kempen selama tujuh hari itu ialah Hospital Tuanku Fauziah (Perlis), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah), Hospital Sungai Bakap (Pulau Pinang), Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Kuala Lipis (Pahang) dan Hospital Umum Sarawak.
Ia akan merangkumi Klinik Kesihatan (KK) Pendang (Kedah), KK Ampang, KK Seri Kembangan, KK Parit Raja (Johor) dan KK Pangkalan Chepa (Kelantan).
"Agar kita dapat menghapuskan Hepatitis C, orang ramai digesa hadir di tempat-tempat saringan khas ini untuk diperiksa dan dirawat bagi penyakit yang membabitkan darah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Hepatitis Sedunia
#Hepatitis C
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#pemeriksaan-dan-rawatan
#saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan