awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen platform cungkil bakat muda bola sepak Perak
Raja Muda Kedah puji tindakan warga emas lapor cucu terlibat dadah
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Ekonomi fokus JS-SEZ, beri perhatian serius impak konflik Venezuela-AS

Faida Rahim
Faida Rahim
08/01/2026
03:10 MYT
Kementerian Ekonomi fokus JS-SEZ, beri perhatian serius impak konflik Venezuela-AS
Akmal berkata kebanyakan pihak masih menunggu dan menilai kesan daripada perkembangan konflik Venezuela-AS terhadap pasaran global. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi akan memberi tumpuan utama kepada pelaksanaan Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sepanjang tahun 2026, di samping mengambil kira cabaran geopolitik termasuk impak konflik Venezuela- Amerika Syarikat terhadap ekonomi global.
Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kementerian merancang untuk melancarkan pelan hala tuju JS-SEZ pada suku pertama tahun ini, dengan pertemuan bersama rakan sejawat dari Singapura dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.
“Pelan JS-SEZ akan kita umumkan, insya-Allah, dalam suku pertama. Namun sebelum itu, saya akan bertemu Menteri dari Singapura bagi mendapatkan kefahaman bersama antara kedua-dua negara,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Amanat YB Menteri Ekonomi Tahun 2026 di Putrajaya pada Khamis.
Mengulas lanjut, Akmal menegaskan bahawa menjelang 2026, faktor geopolitik perlu diberi perhatian seriusnamun Malaysia tetap berpegang kepada agenda memperkukuh pencapaian ekonomi melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta pelan pembangunan lain yang telah dirangka.
“Kita tahu geopolitik akan menjadi cabaran, tetapi pada masa sama Malaysia mesti fokus kepada deliverables ekonomi (hasil akhir ekonomi). Sama ada melalui RMK13 atau pelan lain seperti JS-SEZ, semuanya perlu dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Mengulas mengenai konflik Venezuela-AS, Akmal berkata kebanyakan pihak masih menunggu dan menilai kesan daripada perkembangan tersebut terhadap pasaran global.
“Saya fikir semua masih menunggu untuk melihat impak daripada konflik itu. Ramai masih cuba memahami kesan yang mungkin timbul. Namun bagi Kementerian Ekonomi, fokus tetap kepada pelaksanaan rancangan lima tahun Malaysia dan memastikan eksekusi berjalan lancar,” katanya.
Topic Berkaitan
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#Kementerian Ekonomi
#JS-SEZ
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan