awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan, KPDNKK bincang tetapkan harga siling untuk ubatan mahal

Bernama
Bernama
20/03/2017
23:00 MYT
Kementerian Kesihatan, KPDNKK bincang tetapkan harga siling untuk ubatan mahal
Menurut Subramaniam, bekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik seperti diabetes dan jantung antara yang tinggi harganya di pasaran. - Gambar hiasan/pixabay.com
Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menetapkan harga siling bagi ubat-ubatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perbincangan itu bertujuan mewujudkan satu dasar kawalan harga ubat-ubatan supaya golongan kurang berkemampuan juga dapat membeli ubat-ubatan tersebut.
"Menerusi usaha ini memberikan peluang untuk kita bantu golongan kurang berkemampuan. Usaha ini juga sebagai salah satu cara untuk pastikan golongan tersebut mendapat rawatan sepatutnya.
"Kita akan lihat bagaimana kita boleh mencari satu cara yang efektif. Saya harap kita dapat bantu ramai rakyat mendapat rawatan optimal," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata bekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik seperti diabetes dan jantung antara yang tinggi harganya di pasaran.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam mengakui masih terdapat kekurangan doktor pakar di hospital-hospital kerajaan, namun pihaknya yakin isu tersebut akan selesai dalam masa terdekat.
"Pada 2012 kita melatih 300 doktor pakar pelbagai bidang, dan sekarang meningkat kepada 1,000 doktor pakar setahun. Ini menunjukkan peningkatan tiga kali ganda," kata anggota Parlimen Segamat itu.
Katanya, kementerian menyasarkan untuk melatih 1,500 doktor pakar setahun menjelang 2018 bagi mengatasi masalah tersebut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#harga siling
#kesihatan
#KPDNKK
#rakyat ubat
#S Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan