Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang jururawat diberhentikan kerja berikutan enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek di sebuah hospital swasta.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tindakan akan diambil sekiranya hospital terbabit didapati melanggar peraturan di bawah Bahagian Amalan Perubatan Swasta Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata semua hospital di bawah kementerian mewajibkan jururawat beragama Islam menutup aurat dan arahan ini turut diguna pakai untuk hospital swasta.
"(Jururawat) hospital kerajaan semua tutup aurat kecuali dalam dewan bedah yang memerlukan doktor dan jururawat pakai lengan pendek. Namun mereka masih bertudung dan memakai gaun perubatan yang menutup aurat.
"Jururawat yang beragama Islam semua wajib (menutup aurat). Hospital swasta kena ikut kementerian. Dalam hal ini kita pun tidak tahu apa masalah yang sebenarnya, Bahagian Amalan Perubatan Swasta kementerian tengah siasat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Jelutong melibatkan 45 kanak-kanak lelaki di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas (4 Dis), seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Naziah Sauni Samat, 24, mendakwa beliau diberhentikan kerja setelah enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek.
Katanya, arahan supaya mengenakan pakaian seragam itu dikeluarkan selepas dua bulan dia bertugas di hospital swasta tersebut atas faktor kebersihan. Gadis berkelulusan Diploma Kejururawatan itu sebelum ini bertugas di sebuah klinik sebelum bekerja di hospital swasta berkenaan pada 1 Sept lepas,
sekembalinya dari Jepun sebagai jururawat peribadi selama setahun empat bulan.
Dalam pada itu, Dr Hilmi menasihatkan mana-mana doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang mempunyai masalah untuk terus membuat laporan kepada pihak kementerian supaya tindakan susulan dapat diambil.
"Semua laporan dan aduan yang diterima tidak kira sama ada melalui media sosial, bertulis dan e-mel serta menerusi WhatsApp berkaitan masalah disiplin, tidak puas hati akan disiasat," katanya.
Mengulas cadangan bayaran tempat letak kenderaan di kawasan hospital awam di seluruh negara, Dr Hilmi berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan dan ia masih di peringkat awal.
Beliau berkata tujuan cadangan itu adalah untuk menyelaras dan mengawal penyalahgunaan tempat letak kenderaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyukarkan kakitangan hospital dan pelawat.
"Ada yang salah guna kerana tempat letak kereta di hospital ni percuma. Ada tu letak kereta di hospital kemudian pergi tempat lain petang baru ambil balik kereta. Kita nak menyelaras dan mengawal supaya tempat meletak kenderaan ini digunakan oleh mereka yang ada kena mengena dengan hospital seperti kakitangan dan pelawat," katanya.
Bernama
Sun Dec 06 2015
Dr Hilmi menasihatkan mana-mana doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang mempunyai masalah untuk terus membuat laporan kepada pihak kementerian supaya tindakan susulan dapat diambil. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kementerian Kesihatan siasat dakwaan jururawat diberhentikan kerja
Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang jururawat diberhentikan kerja berikutan enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek.