KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang berusaha untuk memperhalusi isu keselamatan siber bagi melindungi data peribadi pengguna dalam negara ini daripada terdedah kepada ancaman dalam talian seperti penipuan atau kecurian maklumat.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan isu keselamatan siber dan data peribadi perlu diutamakan selain pihaknya sedang meneliti dan merangka jalan penyelesaian segera terhadap isu berkenaan.
"Kita mesti ada satu pemahaman bahawa data adalah satu khazanah negara, kita ada data kita boleh buat pelbagai aktiviti, kita boleh sampaikan sumbangan, bantu anak miskin pastikan yang hendak masuk hospital dapat keutamaan, semua berkisarkan data, selamat data selamatlah masa depan kita," katanya dalam temu bual Bicara Naratif terbitan Berita RTM di Angkasapuri, di sini malam ini
Beliau turut menyeru agar setiap pemegang data yang besar untuk berhubung dengan pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) berkenaan dengan audit keselamatan siber bagi memastikan keselamatan data pengguna dalam negara terjamin.
Fahmi berkata perkara itu penting memandangkan sejak tahun 2017 hingga kini negara telah kehilangan lebih 100 juta set data peribadi yang telah dicuri oleh pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menasihatkan agar mangsa penipuan (scam) untuk melaporkan kejadian yang menimpa mereka dan tidak malu untuk berhubung dengan pihak berkuasa.
"Jangan risau, jangan takut, jangan malu, dial 997, ini adalah Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di bawah jagaan Bank Negara Malaysia buatlah panggilan itu boleh dihubungi antara pukul 8 pagi sehingga 8 malam," katanya.
Ditanya mengenai penubuhan Majlis Media Malaysia, Fahmi berkata beliau telah meminta pihak kementerian untuk membentangkan perkara itu dan beliau akan mendengar sesi pembentangan tersebut dalam tempoh satu atau dua minggu.
"Saya lihat tugas dan fungsi wartawan ini sebagai salah satu tiang seri dalam konsep kerajaan. Media pastikan semua (legislatif, eksekutif dan kehakiman) berjalan dengan baik. Saya dan timbalan saya, Teo Nie Ching konsisten dalam bab ini. Kami akan teliti apa yang patut," katanya.
Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia disuarakan peserta Wacana Hari Wartawan Nasional (Hawana) pada 2018 yang mewakili pelbagai pertubuhan media dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dalam program rancangan Naratif Khas bertajuk 'Membina Naratif Baru' terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Selasa. - Foto BERNAMA
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.
Program OKU Celik Digital pastikan tiada golongan terpinggir - Fahmi
Program Pemerkasaan OKU Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan.
KKD bincang dengan agensi, kementerian berkaitan kawal selia TikTok Shop
Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.
Fahmi azam mahu pastikan tiada pemberhentian kerja dalam kalangan pengamal media
Fahmi meletakkan azam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.
Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.
Pertumbuhan pesat pusat data mampu jadikan Malaysia 'Harimau Digital Asia' - Nie Ching
Malaysia berupaya menjadi "Harimau Digital Asia" berikutan pelaburan besar dan kerjasama dengan organisasi yang dihormati yang akan menjadikan negara sebagai hab data besar seterusnya.
Pengharmonian spektrum antara wilayah dan negara, penggerak penting ekonomi digital - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penyelarasan (pengharmonian) itu juga akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam era digital.
Beberapa syarikat permainan video antarabangsa berpotensi bertapak di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengenal pasti beberapa syarikat permainan video antarabangsa yang berpotensi untuk bertapak di negara ini.