Kementerian Kesihatan (KKM) melarang kaedah melahirkan bayi dalam air dilakukan di mana-mana hospital swasta di negara ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr S.Jeyaindran.
Beliau berkata larangan itu dilakukan kerana masih tiada bukti yang mengatakan kaedah kelahiran seperti itu dapat memberi manfaat kepada para ibu.
Baru-baru ini, KKM memberikan notis larangan tersebut kepada Hospital Pantai, Kuala Lumpur yang kemudian mencetuskan perdebatan di media sosial susulan arahan tersebut.
Jelasnya arahan yang sama akan diberikan kepada mana-mana hospital yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.
"Kita mengeluarkan arahan ini demi faktor keselamatan, walaupun kaedah itu telah dipraktikkan beberapa tahun sebelum ini dan tidak berlaku apa-apa insiden namun sekiranya ada bayi yang meninggal dunia menggunakan kaedah itu, siapa yang akan bertanggungjawab?" katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya larangan itu akan diteruskan selagi masih tiada bukti yang menunjukkan kelahiran dalam air adalah selamat dan memberi manfaat kepada ibu dan mereka yang terlibat.
Bernama
Wed Jul 13 2016
JEYAINDRAN: Larangan itu dilakukan kerana masih tiada bukti yang mengatakan kaedah kelahiran seperti itu dapat memberi manfaat kepada para ibu.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
HBR berkata bayi itu meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan perubatan, dan bapanya diberikan kebenaran untuk menguruskan pengebumian pada hari berikutnya.
Kerajaan disaran kawal harga rawatan di hospital swasta, perkenal insurans mampu milik
Kerajaan disaran memperkenalkan dasar kawalan harga sebagai langkah utama untuk mengawal caj atau kos rawatan perubatan yang dikatakan terus meningkat di hospital swasta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
Belum ada keperluan KKM gunakan fasiliti hospital swasta rawat pesakit COVID-19 - APHM
Ketika ini belum ada keperluan bagi Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19.
KKM akan terima pakai pendekatan pajakan mulai tahun depan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pakai pendekatan pajakan bagi peranti perubatan, aset perubatan dan ambulans mulai tahun depan.
Perak kini di landasan tepat muncul hab pelancongan kesihatan - MB
Ia berikutan pertambahan jumlah hospital swasta yang menawarkan kepakaran dalam beberapa bidang khusus.
Presiden Argentina dirawat di hospital swasta
Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk.
Hospital swasta dengan pelaburan RM860 juta bakal dibina
KLIH yang dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2026, bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.