Kementerian Luar akan terus memantau kes kakitangan Tourism Malaysia dan isterinya yang kini ditahan reman di Sweden selain menghulurkan bantuan sewajarnya kepada pasangan itu dan anak-anak mereka.
Menurut kenyataan kementerian itu pada Ahad, pegawainya terus bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Stockholm dan maklumat berhubung penahanan pasangan itu sentiasa dikemas kini.
Kenyataan itu juga menyebut, kedutaan serta Duta Besar Malaysia ke Sweden berusaha dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa negara itu yang berkaitan bagi memastikan hak pasangan suami isteri berkenaan terpelihara.
Pihak berkuasa tempatan Sweden juga memberi kerjasama sepenuhnya berhubung kes itu, demikian menurut kenyataan berkenaan.
Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.
Tahanan reman pasangan itu dilanjutkan selama dua minggu lagi.
Bernama
Sun Jan 19 2014
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Anak pasangan M'sia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar dua lagi laporan berkala kepada Wisma Putra mengenai keadaan empat beradik itu, Jumaat lepas.
Kerajaan usaha dapatkan imuniti pegawai pelancongan di Sweden
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata kerajaan akan sentiasa memastikan langkah dibuat mengikut perundangan negara berkenaan.
Azizul dan Shalwati tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya - Nazri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menunggu keputusan perbicaraan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengarahkannya kembali ke Malaysia atau sebaliknya.
Kes pukul anak di Sweden: Anak kenalpasti 'kayu yang berikat' sebagai objek memukulnya
Pendakwa raya telah menayangkan video temubual bersama anak bongsu pasangan tersebut yang berumur tujuh tahun, Arif.
Tourism Malaysia lantik peguam pemerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab kini berada di Stockholm untuk memerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati.
Tuduhan dera: Peguam Shalwati mahu buktikan wujud keraguan munasabah
Peguam Shalwati bersedia membuktikan bahawa wujudnya keraguan munasabah di atas kes yang dibentangkan pendakwaraya.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden terima berita dengan hati terbuka
Anak ketiga Azizul Raheem Awaluddin dan Norshalwati Norshal akui sedih menerima berita bahawa ibu bapa beliau akan didakwa di Mahkamah Deaerah Stolkholm.
Keluarga rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden redha dengan pendakwaan
Perbicaraan kes pasangan itu ditetapkan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden mohon tidak diganggu
Kempat-empat anak pasangan tersebut dikatakan sedih dengan berita berkenaan dan tidak ke sekolah pada Selasa.
Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul anak sejak 2010
Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.