MALAYSIA
Tourism Malaysia lantik peguam pemerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab kini berada di Stockholm untuk memerhati perbicaraan kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal yang dituduh mendera keempat-empat anak mereka..
Beliau juga melantik peguam Timo Manninen dari Sweden untuk memerhati perbicaraan itu, yang bermula pada 18 Februari pada pukul 4 petang waktu Malaysia, bagi pihak Tourism Malaysia dan kerajaan Malaysia.
Mereka telah didakwa kerana mendera keempat-empat anak mereka sejak tahun 2010.
Anak-anak mereka kini di bawah jagaan seorang ibu saudara di Kelantan selepas mereka dibawa pulang ke tanah air oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin bulan lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami