RAMALLAH: Kementerian Luar Palestin menyambut baik penerimaan draf resolusi yang dikemukakan oleh negara Arab berhubung situasi di Palestin dan Gaza pada sesi ke-42 Persidangan Agung UNESCO.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kementerian itu menekankan mengenai kepentingan resolusi bertajuk "Impact and consequences of the current situation in the Gaza Strip/Palestine in all aspects of UNESCO's mandate," lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Resolusi itu menyeru agar menghentikan segera serangan terhadap orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita, belia dan golongan pendidik.
Menurut kenyataan itu, resolusi berkenaan turut menggesa agar serangan ke atas sekolah, kolej dan universiti dihentikan serta-merta.
Resolusi itu turut menggesa kecaman terhadap pembunuhan berterusan wartawan dan kemusnahan pusat media, tapak warisan, muzium dan pusat kebudayaan.
Tindakan berkenaan jelas melanggar semua konvensyen dan prinsip kemanusiaan dan antarabangsa UNESCO.
Kementerian juga menyeru negara-negara anggota untuk bertindak segera menghentikan pencerobohan Israel, membenarkan kemasukan bantuan ke Gaza, menghalang pemindahan paksa rakyat Palestin dan memberi perlindungan kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Resolusi itu turut menyeru agar menghentikan segera serangan terhadap orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita, belia dan golongan pendidik. - Gambar/ Reuters
Hentikan pengusiran, pemusnahan Bajau laut - CENTHRA
Kerajaan turut digesa menghormati dan melindungi hak Bajau Laut.
TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji
Tabung Haji akan beri komitmen penuh kepada PDRM yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk tangani isu jemaah haji terkandas.
Fadhlina ucap takziah guru maut kemalangan bas bawa rombongan
Fadhlina Sidek merakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru Allahyarham Hasnatul Adila Hasan dan pemandu yang meninggal dunia.
KBS bentang kajian impak Sukan SEA 2027 sebelum Paris 2024 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bakal membentangkan kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Kabinet sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.
Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas langgar 'backhoe'
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.
AWANI Ringkas: Krisis air Pulau Pinang | Huzz dalam kenangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Realiti bagi pelajar bukan Cina
Murid bukan Cina hari ini membentuk kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di sekolah rendah Cina di seluruh negara, termasuk Melayu, India, Orang Asli serta warga asing.
[TERKINI] Dua maut, 37 cedera dalam nahas jalan raya bas, treler
Dua termasuk seorang wanita maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.
Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun.
Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun.
Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000
Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Pelapor Khas PBB label rendah moral negara yang raikan tebusan Israel
Negara meraikan kejayaan menyelamatkan tawanan tetapi tidak mengulas tentang ratusan rakyat Palestin yang terbunuh.
Ratusan maut dan cedera serangan dahsyat Israel di kem Al-Nuseirat
Demi menyelamatkan tawanan Israel, ratusan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Kem Pelarian Al-Nuseirat.
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Empat tawanan Israel telah diselamatkan ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh.
Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan
Philippe Lazzarini berkata konvoi bantuan kemanusiaan juga dihalang daripada memasuki Gaza.
AS bina semula jeti sementara di Gaza untuk bantuan kemanusiaan
Bantuan kemanusiaan akan dihantar menerusi jeti terapung dalam tempoh beberapa hari.
Lebih 36,000 terbunuh dalam 8 bulan perang Israel di Gaza
Daripada jumlah itu, sejumlah 77 nyawa terkorban, sementara 221 yang lain cedera akibat serangan dalam tempoh 24 jam.
EU desak siasatan, PBB kecam serangan Israel terhadap sekolah UNRWA di Gaza
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai "satu lagi contoh mengerikan, harga yang dibayar oleh orang awam".
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
30 terbunuh dalam pengeboman Israel di sekolah Gaza
Menurut sumber, jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.