awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Luar rai duta, perwakilan asing dalam majlis berbuka puasa

Bernama
Bernama
27/03/2024
22:15 MYT
Kementerian Luar rai duta, perwakilan asing dalam majlis berbuka puasa
Mohamad (empat, kiri) pada majlis berbuka puasa di Kementerian Luar, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Zambry (empat, kanan) dan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, malam tadi meraikan para perwakilan asing, duta dan warga kementerian dalam satu majlis berbuka puasa di Kementerian Luar di sini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Turut hadir dari wakil media adalah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pengarangnya, D Arul Rajoo.
Pada majlis itu tetamu disajikan dengan hidangan dan masakan kampung antaranya daging salai masak lemak cili api, sambal daun kayu, ulam-ulaman dan masak lemak labu.
Mohamad dalam ucapannya berkata, Malaysia beruntung kerana tinggal dalam suasana yang aman jika dibanding dengan sesetengah negara lain yang ditimpa peperangan dan pelbagai lagi.
Justeru, beliau mengajak semua supaya memastikan nikmat keamanan yang dikecapi selama ini, dijaga dan dinikmati selamanya.
"Bulan Ramadan ini mari kita bersama mengambil kesempatan meningkatkan lagi amal ibadah dan kebajikan kita.
"Mari kita pastikan nikmat keamanan yang dikurniakan ini dapat dinikmati sampai bila-bila," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis berbuka puasa
#Kementerian Luar
#Mohamad Hasan
#perwakilan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan