awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas udara di Kathmandu

Bernama
Bernama
24/07/2024
12:34 MYT
Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas udara di Kathmandu
Melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal, Kementerian Luar sedang memantau dengan teliti kesan susulan selepas kemalangan udara itu. - Reuters
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas dalam kemalangan udara membabitkan pesawat Saurya Air Bombardier CRJ-200 dengan nombor pendaftaran 9N-AME pada Rabu (24 Julai) di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, menurut Kementerian Luar Malaysia.
Menurut kenyataan itu, keadaan adalah berdasarkan laporan terkini.
Melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal, Kementerian Luar sedang memantau dengan teliti kesan susulan selepas kemalangan udara itu.
"Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu serta kepada rakyat dan Kerajaan Nepal," menurut kenyataan berkenaan.
Kementerian juga menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Luar berkata ia akan terus memantau situasi dan memberikan kemas kini jika perlu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bakhundole-3, Lalitpur, Kathmandu, Nepal (P.O Box 24372) atau hubungi +97715445680 / +97715445681 (umum) atau +977-9801008000 (kecemasan sahaja), atau e-mel ke [email protected]
Xinhua sebelum ini melaporkan 22 mayat telah ditemukan selepas sebuah pesawat domestik terhempas pada Rabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di ibu negara Nepal, Kathmandu.
Media antarabangsa melaporkan bahawa pesawat berkenaan "terhempas semasa berlepas" di lapangan terbang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas udara
#Kathmandu
#Nepal
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan