awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Luar sedang kenal pasti status mangsa sindiket pekerjaan di Filipina

Bernama
Bernama
28/06/2023
08:46 MYT
Kementerian Luar sedang kenal pasti status mangsa sindiket pekerjaan di Filipina
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mereka merupakan antara 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah yang diselamatkan oleh pihak berkuasa negara itu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mengenal pasti dan mengesahkan status 134 orang mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Republik Filipina yang dipercayai rakyat Malaysia.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mereka merupakan antara 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah yang diselamatkan oleh pihak berkuasa negara itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Manila mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan Filipina telah membuat serbuan ke atas syarikat Xinchuang Network Technology Inc dan telah berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket jenayah itu yang terdiri daripada warganegara pelbagai negara.
Mangsa-mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke Malaysia dalam masa terdekat.
Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#sindiket pekerjaan
#Filipina
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan