Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur akan membuat pemantauan setiap hari di semua bazar Ramadan di ibu negara bagi mengesan peniaga yang menaikkan harga secara tidak munasabah.
Pengarahnya, Muez Abd Aziz berkata terdapat 85 lokasi bazar Ramadan di 11 parlimen yang akan diperiksa bagi memastikan setiap peniaga mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan.
"Peniaga diingatkan supaya meletakkan tanda harga ke atas juadah atau barangan yang dijual serta menggunakan alat timbang dan sukat yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.
Beliau berkata jika terdapat peniaga yang menaikkan harga secara tidak munasabah semasa pemantauan dijalankan, pihaknya akan meminta peniaga terbabit mengemukakan tunjuk sebab mereka berbuat demikian, atau untuk kesalahan lain akan dikenakan kompaun serta merta.
Beliau juga menasihatkan peniaga supaya menjual barang niaga mereka pada harga yang berpatutan.
Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menasihatkan pengguna supaya mengubah sikap dan lebih peka dalam menilai perbezaan harga di setiap gerai di bazar Ramadan.
Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata ini kerana kebanyakan gerai menjual makanan yang sama, namun pada harga berbeza.
"Dijangkakan memang ada kenaikan harga makanan kerana peniaga membeli barangan daripada peruncit yang mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Justeru itu, pengguna harus lebih bijak dalam menilai dan membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati harga makanan yang dijual melampau daripada biasa.
"Namun jika pengguna sendiri berpuas hati dengan kualiti makanan dan menganggap harganya berbaloi, perkara itu tidak menjadi masalah," katanya.
Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak tegas menarik balik lesen atau menyenaraihitamkan peniaga bazar Ramadan yang gagal mematuhi piawaian dan peraturan yang ditetapkan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata tahap kesedaran peniaga bazar Ramadan berkaitan kebersihan dilihat masih rendah terutamanya membabitkan peniaga sambilan.
Pada tahun lepas misalnya, daripada 1,005 sampel makanan bazar Ramadan yang diuji, 498 sampel didapati tercemar dan 128 notis kompaun telah dikeluarkan kepada penjaja terbabit.
"Kita nampak memang tahap kesedaran masih lemah, peniaga bazar yang berniaga secara sambilan memang bermasalah...ada yang tidak memakai penutup kepala dan sarung tangan ketika menyediakan makanan.
"Kita akan ambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penguatkuasa Keselamatan Makanan Bazar Ramadan pada Khamis.
Bernama
Thu Jun 18 2015
Pengguna harus lebih bijak dalam menilai dan membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati harga makanan yang dijual melampau daripada biasa. - Gambar Hiasan
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.