Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan lanjut isu telur ayam tercemar dari Eropah serta menunggu kenyataan negara pengeluar mengenainya, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau bagaimanapun berkata pengguna tidak perlu risau mengenai kemungkinan produk tercemar tersebut memasuki negara ini memandangkan Malaysia tidak mengimport telur.
"Kita sedang tunggu kenyataan daripada negara pengeluar produk kerana mereka memang sedang buat pemeriksaan terhadap barangan buatan mereka.
"Sekiranya terdapat bukti bahawa pencemaran ini sudah berlaku di dalam produk seperti kek, biskut dan sebagainya yang dihasilkan di negara berkenaan, kita yakin ia dapat dikesan kerana mereka mempunyai sistem kawalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF), di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam yang juga Anggota Parlimen Segamat, berkata jika keadaan itu berlaku Malaysia akan mengambil langkah yang seiring dengan negara pengeluar.
Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah yang dipercayai tercemar dengan fipronil, sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.
Mengulas perkembangan lain, Dr Subramaniam mahu pihak hospital di negara ini meningkatkan kerjasama dengan syarikat pengurusan sampah bagi mengelakkan masalah kebersihan yang membawa kepada penutupan seperti kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor.
"Kantin tersebut telah diarahkan untuk ditutup dan kita juga telah menghantar notis kepada hospital dan konsesi kerana sekiranya perkara berkenaan dibiarkan ia boleh membawa kepada masaalah kencing tikus yang tentunya menjadi satu isu yang lebih besar," katanya.
Mengenai program itu, Presiden MIC tersebut berkata pusat khidmat itu adalah satu daripada 11 pusat yang ditubuhkan di seluruh negara bagi membantu masyarakat India yang menghadapi masalah berkaitan pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2017
Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah yang dipercayai tercemar dengan fipronil. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.
Indonesia minat beli 2 juta tan beras - PM Thailand
Indonesia pada Isnin menghantar surat rasmi memohon untuk membeli dua juta tan metrik beras Thailand.
India import 217,847 tan minyak sawit dari Malaysia pada November
Penghantaran dari Malaysia terdiri daripada 195,505 tan minyak sawit mentah (MSM), 16,343 tan olein sawit RBD dan 5,999 tan minyak isirung sawit mentah (CPKO).
Pengeluaran getah tempatan rendah punca Malaysia masih perlu import
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagi tahun 2022, pengeluaran lateks negara hanya dapat menampung sekitar 4 peratus jumlah penggunaan domestik.
Import minyak sawit India dari Malaysia naik 8.5 peratus pada Ogos
India mengimport 327,815 tan minyak sawit dari Malaysia pada Ogos -meningkat kira-kira 8.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Import minyak sawit India melonjak 60 peratus pada Julai
Import minyak sawit berjumlah lebih sejuta tan, menyumbang 62 peratus daripada keseluruhan import minyak sayuran India pada bulan lepas.
Prestasi perdagangan Malaysia Jun 2023 merosot 16.3 peratus
Eksport dan import turut mencatatkan penurunan masing-masing 14.1 peratus dan 18.9 peratus.
India import 155,058 tan minyak sawit dari Malaysia pada Jun
Jumlah itu terdiri daripada 139,932 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 15,126 tan minyak sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD).
Lima negeri dominasi eksport Mei 2023 berjumlah 82.5 peratus - Jabatan Perangkaan
Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur menjadi pengeksport utama pada Mei 2023 dengan menyumbang sebanyak 82.5 peratus daripada jumlah eksport Malaysia bagi tempoh tersebut.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.7 bilion pada 31 Mei
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.